Jom Klik Sini..

Lovie Dovie................

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, August 13, 2016

SALINE BUKAN UNTUK CUCI DAN RENDAM KANTA SENTUH

SALINE BUKAN UNTUK CUCI DAN RENDAM KANTA SENTUH
             Normal Saline ( Sodium Chloride)


               Multipurpose Solution ( All In One)

Alkisah semalam, sambil cuci2 mata tengok kereta2 Mazda cun depan Watson, niat hati nak menjengah sekejap...
melintas lah sekumpulan adik2 manis ni sambil yang sorang tu bawa 1 pack Saline berharga RM 12++.. menuju ke kaunter bayaran.

Eh.. dik dik, tiba2 saya menahan mereka ala pak guard dalam watson tu kalau sensor bunyi...
Adik nak buat apa ye dengan saline tu?.. Mula2 terpinga2 juga budak tu, yela tiba2 ada orang tanya. Nasibla pakai blazer ada la rupa somebody dalam watson tu huahaha.. Nak cuci contact lens ke?. Tanya ku lagi..
Yang kawan sebelah tu dah bisik2,, ha aku dah cakap tadi. ( tak dengar perkataan hujung sebab lagu shopping mall tu kuat sangat).

Jom sini... saya bawa mereka ke satu rak penuh deretan solution kanta sentuh pelbagai jenama..

Ok adik nampak perkataan "rinsing" ni sambil saya tunjuk sebotol saline. Ni maksudnya bilas. Dan biasanya guna jika mata tak tahan pedih bila kanta sentuh di cuci dengan larutan ni. Saya tunjukkan pula sebotol RENU yang bertulis Multipurpose Solution dan Disinfect. Ha yang ni memang untuk cuci,rendam dan bunuh kuman. Saline tu tak de langsung bahan kimia yang boleh membunuh kuman.

Ye ke?.. sambil tangannya menyeluk beg dan mengeluarkan sebotol saline jenama Klean n Care. Dalam hati saya sah budak ni memang selama ni cuci dengan saline.

Hmm.. yang mana ye murah?.. Tanya dia lagi sambil pegang travel pack Renu. Sebenarnya tu la yang paling murah. Hmm dalam hati ambil je la mana2, asalkan ambil solution yang betul. Nak cerita panjang lebar nanti pening pula kepala dia. Yela dari Optifree sampai ke Freshkon ada 7,8 jenama.

Ok dik, boleh je ambil yang tu tapi lepas buka penutup tahan 3 bulan ye. Habis tak habis kena buang. Alaa.. yeke jawabnya.. sambil belek saline. Bukan ke lama lagi expiry date.

Ok macam ni saya terpaksa terangkan lagi,.. larutan MPS ni ada bahan pengawet yang menghalang kuman membiak, tapi tempohnya 3 bulan sahaja. Saline pula sebulan...

Hmm ok la saya ambil yang ni, dan terus berlalu pergi bersama2 kawan2nya menuju kaunter. Panjang lebar pula ceramah ni .. belum tanya lagi pakai kanta sentuh apa, berapa lama pakai... tengok jam dah pukul 3, alamak zohor pun tak lagi..

Sebenarnya ramai lagi di luar sana yang cuci kanta sentuh dengan saline, lagi2 yang menjual tu advise guna saline je boleh. Wahh... banyak cantik. Sebab tu saya tiada kompromi dengan geng2 yang menjual kanta sentuh secara haram ni.... haa ambik. Jual nak... esok yang kena menghadap ulser mata ophthalmologis kat hospital juga. Kami optometris hanya penjaga mata primer sahaja.. kalau bukan kami siapa lagi ... betul tak???

Wednesday, July 27, 2016

Kenapa Jadi Optometris?

Kenapa jadi optometris? Kat twitter pun byk soalan ni dpt. lagi bila2 student matrik nak apply U.

Soalan yang orang tanya aku susah nak jawab  sebab dalam buku laporan prestasi koko sekolah menengah ada suruh senaraikan cita2, so ni yang aku listkan
1) Pensyarah
2) Doktor
3) Peguam

Masuk MRSM, tukar dah cita2 nak jadi psychologist , kebetulan tau UKM je ada clinical psychologist. MOCK interview pun bgtau nak jadi tu, bila tanya kenapa? sebab saya nak tahu perangai manusia dan menyelami apa yang orang rasa.. rasa nak gelak pun ye masa tu, sbb dlm english kot sure la ayat tunggang terbalik. Masa tu mmg berjinak2 dengan buku HM Tuah.. xdpt beli pinjam org je, sbb tu aku obses dengan stefa isle yang duduk London tu, so aku suka baca buku tu sambil berangan ke sana...  visualize itu penting padahal ko terbaring atas katil je hohoho

Masuk KMJ, aku tak tau dah nak jadi apa masatu, aku cuma risau kene buang je kalau pointer teruk, kena lelong dpt kos bukan2, so study je mcm apa2 ntah. Masa choose course untuk UPU tu aku cari psikologi xde langsung offer utk bachelor, mak aii nak pilih apa.Maka pilihan pertama sem 1, konon2 4#.
1) Perubatan
2) Pergigian
3) Biomedik
4) Optometri
dan 4 seterusnya

Masuk sem2
1) Perubatan
2) Pergigian
3) Optometri
4) Biomedik
4 seterusnya sama je mcm sem 1.

Aku tukar je position opto tu ke biomed, Satu benda pun tak tahu opto tu apa.. cuma cikgu rosli pernah kata awal2 masuk kmj , ambik opto la boleh buat bisnes.. tu je. Nak fight medic, aku redha je masa tu terima je.

Tapi sebenarnya bukan sebab itu, semuanya kan Allah dah tentukan perjalanan kita, dan minda bawah sedar kita dah menggerakkannya.. aku teringat dulu aku pernah ckp dalam hati masa form 2, esok amy dah besar bolehla tolong mak tok ( masa tu die kena operate mata), biar aku je yg rawat mata dia sbb tgk dia kesian sgt, tapi sayang dia dah pergi dulu masa aku form 3 balik dari Haji.., meninggal dlm flight otw balik...
 Sebenarnya bukan ambil kisah sgt lintasan hati aku masa tu, nama optometri pun x wujud dlm kamus hidup masa tu.

Walaupun bukan jadi doktor mata mcm org lain fikir boleh buat surgeri dll, sekurang2nya  optometris pun bantu orang lain melihat jugak kan. Semuanya datang dari hati. Allah Maha Mengetahui. Maka rasa syukur itu adalah nikmat yang paling berharga.

Dan aku, Optometris Yg Bekerja Untuk Masyarakat. Everywhere anytime... I am your optometrist.

Gambar : Ibu segala freelance optometry Pn Azlina, like my mother, tempat luah perasaan ... dlm menempuh dunia freelance yg bermacam ragam.