Jom Klik Sini..

Lovie Dovie................

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, August 13, 2016

SALINE BUKAN UNTUK CUCI DAN RENDAM KANTA SENTUH

SALINE BUKAN UNTUK CUCI DAN RENDAM KANTA SENTUH
             Normal Saline ( Sodium Chloride)


               Multipurpose Solution ( All In One)

Alkisah semalam, sambil cuci2 mata tengok kereta2 Mazda cun depan Watson, niat hati nak menjengah sekejap...
melintas lah sekumpulan adik2 manis ni sambil yang sorang tu bawa 1 pack Saline berharga RM 12++.. menuju ke kaunter bayaran.

Eh.. dik dik, tiba2 saya menahan mereka ala pak guard dalam watson tu kalau sensor bunyi...
Adik nak buat apa ye dengan saline tu?.. Mula2 terpinga2 juga budak tu, yela tiba2 ada orang tanya. Nasibla pakai blazer ada la rupa somebody dalam watson tu huahaha.. Nak cuci contact lens ke?. Tanya ku lagi..
Yang kawan sebelah tu dah bisik2,, ha aku dah cakap tadi. ( tak dengar perkataan hujung sebab lagu shopping mall tu kuat sangat).

Jom sini... saya bawa mereka ke satu rak penuh deretan solution kanta sentuh pelbagai jenama..

Ok adik nampak perkataan "rinsing" ni sambil saya tunjuk sebotol saline. Ni maksudnya bilas. Dan biasanya guna jika mata tak tahan pedih bila kanta sentuh di cuci dengan larutan ni. Saya tunjukkan pula sebotol RENU yang bertulis Multipurpose Solution dan Disinfect. Ha yang ni memang untuk cuci,rendam dan bunuh kuman. Saline tu tak de langsung bahan kimia yang boleh membunuh kuman.

Ye ke?.. sambil tangannya menyeluk beg dan mengeluarkan sebotol saline jenama Klean n Care. Dalam hati saya sah budak ni memang selama ni cuci dengan saline.

Hmm.. yang mana ye murah?.. Tanya dia lagi sambil pegang travel pack Renu. Sebenarnya tu la yang paling murah. Hmm dalam hati ambil je la mana2, asalkan ambil solution yang betul. Nak cerita panjang lebar nanti pening pula kepala dia. Yela dari Optifree sampai ke Freshkon ada 7,8 jenama.

Ok dik, boleh je ambil yang tu tapi lepas buka penutup tahan 3 bulan ye. Habis tak habis kena buang. Alaa.. yeke jawabnya.. sambil belek saline. Bukan ke lama lagi expiry date.

Ok macam ni saya terpaksa terangkan lagi,.. larutan MPS ni ada bahan pengawet yang menghalang kuman membiak, tapi tempohnya 3 bulan sahaja. Saline pula sebulan...

Hmm ok la saya ambil yang ni, dan terus berlalu pergi bersama2 kawan2nya menuju kaunter. Panjang lebar pula ceramah ni .. belum tanya lagi pakai kanta sentuh apa, berapa lama pakai... tengok jam dah pukul 3, alamak zohor pun tak lagi..

Sebenarnya ramai lagi di luar sana yang cuci kanta sentuh dengan saline, lagi2 yang menjual tu advise guna saline je boleh. Wahh... banyak cantik. Sebab tu saya tiada kompromi dengan geng2 yang menjual kanta sentuh secara haram ni.... haa ambik. Jual nak... esok yang kena menghadap ulser mata ophthalmologis kat hospital juga. Kami optometris hanya penjaga mata primer sahaja.. kalau bukan kami siapa lagi ... betul tak???

Wednesday, July 27, 2016

Kenapa Jadi Optometris?

Kenapa jadi optometris? Kat twitter pun byk soalan ni dpt. lagi bila2 student matrik nak apply U.

Soalan yang orang tanya aku susah nak jawab  sebab dalam buku laporan prestasi koko sekolah menengah ada suruh senaraikan cita2, so ni yang aku listkan
1) Pensyarah
2) Doktor
3) Peguam

Masuk MRSM, tukar dah cita2 nak jadi psychologist , kebetulan tau UKM je ada clinical psychologist. MOCK interview pun bgtau nak jadi tu, bila tanya kenapa? sebab saya nak tahu perangai manusia dan menyelami apa yang orang rasa.. rasa nak gelak pun ye masa tu, sbb dlm english kot sure la ayat tunggang terbalik. Masa tu mmg berjinak2 dengan buku HM Tuah.. xdpt beli pinjam org je, sbb tu aku obses dengan stefa isle yang duduk London tu, so aku suka baca buku tu sambil berangan ke sana...  visualize itu penting padahal ko terbaring atas katil je hohoho

Masuk KMJ, aku tak tau dah nak jadi apa masatu, aku cuma risau kene buang je kalau pointer teruk, kena lelong dpt kos bukan2, so study je mcm apa2 ntah. Masa choose course untuk UPU tu aku cari psikologi xde langsung offer utk bachelor, mak aii nak pilih apa.Maka pilihan pertama sem 1, konon2 4#.
1) Perubatan
2) Pergigian
3) Biomedik
4) Optometri
dan 4 seterusnya

Masuk sem2
1) Perubatan
2) Pergigian
3) Optometri
4) Biomedik
4 seterusnya sama je mcm sem 1.

Aku tukar je position opto tu ke biomed, Satu benda pun tak tahu opto tu apa.. cuma cikgu rosli pernah kata awal2 masuk kmj , ambik opto la boleh buat bisnes.. tu je. Nak fight medic, aku redha je masa tu terima je.

Tapi sebenarnya bukan sebab itu, semuanya kan Allah dah tentukan perjalanan kita, dan minda bawah sedar kita dah menggerakkannya.. aku teringat dulu aku pernah ckp dalam hati masa form 2, esok amy dah besar bolehla tolong mak tok ( masa tu die kena operate mata), biar aku je yg rawat mata dia sbb tgk dia kesian sgt, tapi sayang dia dah pergi dulu masa aku form 3 balik dari Haji.., meninggal dlm flight otw balik...
 Sebenarnya bukan ambil kisah sgt lintasan hati aku masa tu, nama optometri pun x wujud dlm kamus hidup masa tu.

Walaupun bukan jadi doktor mata mcm org lain fikir boleh buat surgeri dll, sekurang2nya  optometris pun bantu orang lain melihat jugak kan. Semuanya datang dari hati. Allah Maha Mengetahui. Maka rasa syukur itu adalah nikmat yang paling berharga.

Dan aku, Optometris Yg Bekerja Untuk Masyarakat. Everywhere anytime... I am your optometrist.

Gambar : Ibu segala freelance optometry Pn Azlina, like my mother, tempat luah perasaan ... dlm menempuh dunia freelance yg bermacam ragam.


Tuesday, December 8, 2015

Kucari pelangi itu....



Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Kalaulah kita boleh selalu berfikir sebalik kepada sebalik, kita menjadi lebih kuat untuk mendepani apa jua cabaran dan dugaan. Masalahnya kita selalu melihat apa yang terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi disebaliknya.

Kalau dilihat semua kesusahan itu kesedihan, yang dapat ialah kesusahan dan kesedihan belaka. Andainya ingin dilihat kepayahan sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana-mana hati kita akan lebih berbaik sangka.

Bukan semua yang menggembirakan itu baik untuk kita, ada kalanya menjadi masalah yang sangat menyusahkan. Dan bukan semua yang tidak kita sukai baik untuk kita, ada kalanya itulah punca berbahagianya kita.

Hidup perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. Bukan ALLAH tak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung.

Kalau dilihat semua perkara buruk sebagai buruk, hidup tidak akan lebih indah daripada ketakutan-ketakutan kita terhadap kehidupan itu sendiri. Memang wajahnya pelbagai, tetapi takut pada hidup selalunya akan memperhodoh pandangan dan pendirian.

Kadang-kadang hidup perlu dilalui dengan selamba, Anggap semua masalah sebagai perencah. Yang menggembirakan pula sebagai kebetulan agar yang pahit tidak terlalu dirisaukan.






Thursday, July 19, 2012

Doa dan Amalan Ayat Al-Quran untuk ibu menyusu

1) Doa menambah susu
    Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, kehidupanku, banyakkan susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku peroleh hari ini, penuhilah dengan rahmatmu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.

2) Zikir Ya Matin  70 kali 

3) Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.


4) Mengamalkan bacaan surah Al Hijr ayat 22-23, bermaksud 
          " Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih, maka dengan itu Kami menurunkan air ( hujan) dan langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya, dan bukanlah kamu berkuasa menurunkannya atau menyimpannya. Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.

5) Mengamalkan ayat surah Saad ayat ke 54 bermaksud, " Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis -habis "

6) Membaca surah Al- Hujurat Dan Al Kauthar sebagai amalan harian terutama dalam tempoh menyusukan bayi.

7) Surah Al-Baqarah : ayat 60-samabil baca letakkan tangan kita di breast kita,dan doa dalam hati semoga ALLAH memberi rezeki kepada anak kita sehingga umurnya mencapai 2 tahun..




Amalkan membaca ayat -ayat tersebut sambil memegang payu dara, hembuskan ke dalam minuman. InsyAllah dengan izinNya susu akan bertambah.

Wednesday, June 20, 2012

Buat Stok Susu - simpan dalam botol atau plastik ??

Nilah antara hasil stok perahan EBM aku..so far so good Alhamdulillah berjaya membuat stok untuk bekalan Ramadhan nanti, Ada 2 cara samada nak simpan dalm botol atau plastik, actually memandangkan peti sejuk ku dah tak muat simpan botol , aku try gne plastik plak, Ikutlah klu ade deep freezer gne byk botol pun boleh. Botol banyak brand tapi mesti choose BPA free sama mcm plastik, kedua2nya mesti steril.






 
 untuk plastik aku beli brand autumn, dalam die ada 25 pcs , RM 12.00 


Ini antara instruction kat belakang kotak ni,,
Features
  • BPA Free
  • Double walled to preserve nutrients effectively
  • Medical grade material, perfect for safe and extended freezer storage
  • Thick laminate to prevent ink leeching
  • Pre-sterilised bags to ensure safe feeding
  • DOUBLE zipper top to prevent leakage
  • No-spill self-standing bottom
  • Heat sealed sides to prevent splitting
  • Easy to read designated area for date, name and time
  • Pre-calibrated ounce/ml markings for accurate measuring
Storage Instructions:
  • Leave some room at the top of the storage bag to allow for expansion when milk freezes
  • Label milk with the date and time it was expressed and always use the oldest stock first
Storage Guidelines:
Storage Location 

Storage Temperature
Storage Duration 
Room Temperature
25°C
4 to 6 hours
*Refrigerator
0 to 3.9°C
3 to 5 days
*Freezer of a two-doorrefrigerator
-18 °C
3 to 4 months
*Deep freezer
-20°C
6 months or longer
           * Keep milk in the back of the freezer / refrigerator away from the door
Feeding Instructions:
  • If stored in a freezer: Thaw frozen milk in the refrigerator. Once thawed, carefully pour milk out of the storage bag into a feeding bottle for warming up
  • If stored in a refrigerator: Carefully pour milk out of the storage bag into a feeding bottle for warming up
  • Diacard the storage bag after single use
  • Discard any leftover milk
  • Do not refreeze thawed milk
Warnings:
  • Do not microwave or boil the storage bag and breast milk
  • Do not allow sharp objects to come into contact with the storage bags
  • Keep the storage bags out of children's reach 
  • Always test the temperature of milk before feeding baby
  • For hygiene, only tear the tap immediately before filling and safely discard the tab


Botol pula,  brand Jingle Jingle    
  6 pcs RM 16.80..

So kos 1 botol dlm 2.80, tapi boleh guna berulang kali..klu plastik sekali sahaja. Ikut pada keperluan dan keluasan peti sejuk anda, bagi aku prefer plastik sebab lepas gune buang je, x pyh basuh.....dan muat untuk 12 oz, klu botol sampai 5 oz shj, 

Penyimpanan Susu Perahan Semasa Ditempat Kerja...Hari2 maa


Ini adalah antara peralatan2 yang aku bawa masa kerja termasuklah set pam susu tu, yg tu jgn lupe. Actually cooler bag dah ok tp klu nak bagi sejuk yang lama better cooler box sebab pek penyejuk tu x tahan lama duduk dlm beg, lagi satu cooler packs yang dibekalkan mom's ni pun cepat cair, so lagi bagus cari kat luar beli kat tesco ke giant kat camping punye part,   Nak lagi bagus boleh cari thermal packs untuk halang pengeluaran haba..So boleh imagine mcmmane aku dok pi angkut cooler box tu ari2...start keje pkl 10.00 sampai 9.00 mlm..insyaAllah tahan lama sejuknye..

Mom's Brand.......cooler bags, cooler packs, bottles..
cooler pack cube cari kat tesco..
                     



Marine brand..huhu actually cool box ni untuk letak fresh fish after p mancing...
thermal pad mcm nilah lebih kurang, tapi die bersambung and besar..


Lagi satu jangan lupa bawa termos, bekas tupperware kot2 xde tempat yang sediakan air panas untuk mensteril semua gajet2 tersebut..hehe selamat memerah susu ye para ibu yang hebat2 belaka.

Thursday, June 14, 2012

Terukir Di Bintang....Yuna

Lagi ni memang best, hmm layan........





Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu