Jom Klik Sini..

Lovie Dovie................

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, December 8, 2015

Kucari pelangi itu....



Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Kalaulah kita boleh selalu berfikir sebalik kepada sebalik, kita menjadi lebih kuat untuk mendepani apa jua cabaran dan dugaan. Masalahnya kita selalu melihat apa yang terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi disebaliknya.

Kalau dilihat semua kesusahan itu kesedihan, yang dapat ialah kesusahan dan kesedihan belaka. Andainya ingin dilihat kepayahan sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana-mana hati kita akan lebih berbaik sangka.

Bukan semua yang menggembirakan itu baik untuk kita, ada kalanya menjadi masalah yang sangat menyusahkan. Dan bukan semua yang tidak kita sukai baik untuk kita, ada kalanya itulah punca berbahagianya kita.

Hidup perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. Bukan ALLAH tak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung.

Kalau dilihat semua perkara buruk sebagai buruk, hidup tidak akan lebih indah daripada ketakutan-ketakutan kita terhadap kehidupan itu sendiri. Memang wajahnya pelbagai, tetapi takut pada hidup selalunya akan memperhodoh pandangan dan pendirian.

Kadang-kadang hidup perlu dilalui dengan selamba, Anggap semua masalah sebagai perencah. Yang menggembirakan pula sebagai kebetulan agar yang pahit tidak terlalu dirisaukan.






No comments:

Post a Comment